KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YB MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
Pada 30 Julai 2026, Labuan Shipyard & Engineering Sdn Bhd (LSE) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin, di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.
Delegasi diketuai oleh Pengarah, YBhg. Datuk Azlan Shah Jaffril, bersama Pengarah, YBhg. Datuk Syed Hamadah Syed Othman, serta Ketua Pegawai Eksekutif LSE, Tuan Haji Mohd Zamri bin Sampol.
Pertemuan ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pertahanan maritim negara melalui pemerkasaan keupayaan industri tempatan, khususnya dalam bidang Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) aset maritim.
LSE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin serta Kementerian Pertahanan Malaysia atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama dan komitmen berterusan ini dapat menyumbang kepada kesiapsiagaan aset serta bmemperkukuh keselamatan dan kedaulatan perairan negara.
#LSE#RadimaxGroup#MINDEF#PertahananMaritim#IndustriPertahanan




