Penyerahan Kapal KD KELANTAN kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Pada 29 Mac 2022, LSE mengucapkan selamat belayar dan berkhidmat kepada Pegawai Memerintah Kdr Mohd Azrul Hakimi bin Azmi TLDM, para pegawai TLDM dan seluruh krew kapal KD KELANTAN setelah lebih setahun berada di limbungan LSE untuk kerja-kerja rutin REFIT ke atas kapal tersebut. Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan sepanjang pelaksanaan projek.
Terdahulu, sesi menandatangani sijil penyerahan kapal KD KELANTAN telah diadakan pada 25 Mac 2022. Sijil tersebut ditandatangani oleh Kdr Mohd Azrul Hakimi bin Azmi TLDM dan Panglima Logistik Timur, YBhg Laksamana Pertama Hj. Satria Sarawak bin Hj Jais bagi pihak TLDM serta Ketua Pegawai Operasi, YBrs. En. Khamdi Khalip bagi pihak LSE.
Hadir bersama bagi menyaksikan upacara tersebut ialah Panglima Armada Timur TLDM, YBhg Laksamana Madya Dato’ Sabri bin Zali dan Ahli Lembaga Pengarah LSE, YBhg. Dato’ Rahimi bin Abdul Samad.
Tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja LSE khususnya pasukan pengurusan projek kerana berjaya menyiapkan projek ini dengan jayanya.
Hashtags: #labuanshipyard #TLDM #TenteraLautDiRajaMalaysia #KDKELANTANPV175 #shiprepair