Saringan Berkala Wajib – Ujian RTK
LSE telah menjalankan saringan berkala wajib COVID-19 ke atas semua pekerja sepanjang 3 hari iaitu pada 15, 17 dan 19 November 2021 baru-baru ini.
Saringan menggunakan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen ini dijalankan bagi mematuhi SOP yang dikuatkuasakan kerajaan dan MITI ke atas premis-premis perniagaan.
Penyeliaan dan pengurusan aktiviti saringan ini telah diketuai oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar LSE (HSE Department) dengan klinik penal syarikat, iaitu Klinik Wawasan. Seramai 526 jumlah pekerja telah disaring dalam 3 hari tersebut.
Para pekerja dinasihatkan untuk terus patuh kepada SOP yang ditetapkan.